Perbezaan Matrikulasi KPM, Asasi IPTA, Diploma dan Tingkatan 6 KPM
Berikut adalah perbezaan masuk
matrikulasi, IPTA, dan Tingkatan 6 KPM. Bagi calon lepasan SPM yang
sedang menunggu atau ingin mengambil keputusan menyambung pelajaran,
dibawah adalah perbezaan antara ketiga-tiga institusi milik kerajaan
yang paling digemari ramai.
Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
* Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
*
Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun
swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana
yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
*
Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil
bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak
masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi,
pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat
hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk
form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya
lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek
malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan
STPM ni.
* Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.
Matrikulasi KPM
Program
Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan
Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains
Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada
tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka
kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.
Jumlah
bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk
jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran
pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima
elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.
Lulusan
matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia
(USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai
keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki
program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada
kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau
biasa disebut ‘dilelong’.
Asasi IPTA
Program
Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah
Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa
jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun.
Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program
pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
Umpamanya
Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains
Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam,
Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains.
Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15
program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains
Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi
Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa
Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi
Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains
Komputer dan Asasi Undang-Undang.
Di
samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM).
Jumlah
bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada
jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan
perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar
asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu
semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran
penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
Lulusan
program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau
USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi
keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala
lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program
peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan
yang ditetapkan.
Diploma IPTA
Program
Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti.
Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3
tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah
dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar
berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh
merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
Jumlah
bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada
jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan
juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon
biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos
pembelajaran.
Lulusan program diploma
boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke
peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk
mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti
yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika
memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Sumber: Dikongsikan dari facebook
0 comments:
Post a Comment