PERANAN perkhidmatan bimbingan dan 
kaunseling ialah merancang aktiviti atau program bimbingan, mengadakan 
sesi kaunseling, menjalankan penafsiran dan penilaian, sebagai 
koordinator, kerjaya dan temuduga, kaunseling keluarga, khidmat nasihat 
kepada guru dan pentadbiran serta terlibat dalam penyelidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1993) telah menetapkan objektif am perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti berikut:
1. Memberikan khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi 
semua
 aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang semua 
kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan fikiran 
pelajar. 
2. Memberikan khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah 
laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, 
menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku sosial yang lain.
3. Memberikan khidmat bersifat 
pemulihan dengan tujuan meorientasikan semua pelajar yang bermasalah 
peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu untuk 
menghadapi dan mengatasi masalah mereka.
     Menurut Suradi Salim (1996)
 kaunseling ialah satu perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling
 mempercayai dan kemesraan yang membolehkan pelajar memperolehi 
kestailan intelek dan emosi yang dengannya dia boleh menyelesaikan 
masalah atau kemusykilan, membuat rancangan dan memperoleh kepuasan 
kendiri yang lebih tinggi . 
     Kesedaran untuk melahirkan 
para pelajar berdisiplin merupakan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Dasar 
Pelajaran Kebangsaan (1979), iaitu penegasan kepada pendidikan 
kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Usaha ini 
dilakukan salah satunya dengan cara meningkatkan perkhidmatan bimbingan 
dan kaunseling di sekolah.
     Peranan dan tugas kaunselor
 dari persepsi pengetua,guru besar, guru-guru dan ibu bapa tidak lebih 
sebagai pembimbing kerjaya, perundingan, kaunseling, pengujian dan 
penilaian ,melaksanakan program kemahiran dan aktiviti pelajar. 
Sehubungan ini didapati lebih 70-90 % menyokong penuh dan membantu 
tugas-tugas kaunselor di sekolah. Dengan itu kaunselor/pegawai psikologi
 sekolah kini berkhidmat sepenuh masa waktu pejabat; asalkan sesi 
kaunseling tidak dilakukan pada sesi pengajaran-pembelajaran. Bahkan 
tugas-tugas tersebut relevan dan bermakna kepada para pelajar dalam 
perkembangan diri mereka di sekolah.
     Amaluddin dan Norlina 
(2010) berpendapat kepentingan peranan kaunselor di sekolah sememangnya 
tidak dapat dinafikan. Antara tumpuan kaunselor sekolah adalah terhadap 
perkembangan individu dan pencegahan tingkah laku bermasalah. Secara 
umumnya, terdapat tiga aspek utama yang boleh diberikan oleh kaunselor 
dalam membantu remaja ialah memberi kemahiran atau kebolehan atau 
pengetahuan untuk mengurus kehidupan seharian, maklumat tentang kerjaya 
dan plan realistik setelah tamat persekolahan. 
     Peranan kaunselor bertambah
 mencabar berdasarkan banyak hasil kajian lalu yang menekankan bahawa 
masalah pelajar di Malaysia bersangkutan dengan masalah penyesuaian 
diri, penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah dan kelas, penyesuaian 
dengan sekolah, kesihatan, kemajuan, jantina dan sebagainya. (Fatanah, 
1988, Asmah Bee, 1979 dan Hassan Langgulung, 1975). 
     Seterusnya Sallehudin Abdul
 Wahab, (1991) mendapati bahawa pelajar akan menemui kaunselor apabila 
menghadapi masalah belajar, masalah dadah, masalah disiplin dan masalah 
sosial. Kajian yang dijalankan oleh Karla dan Sue (1991) ke atas 160 
orang kaunselor pelajar telah mendapati bahawa 41% daripada kaunselor 
tersebut sangat kerap diminta untuk menjalankan sesi kaunseling individu
 kepada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Sebanyak 54% 
telah diminta oleh pengetua sekolah dan sebanyak 62% diminta oleh 
guru-guru. Ini menunjukkan kaunselor sekolah sangat diperlukan bagi 
membantu mengatasi permasalahan tersebut. Dan kaunseling individu adalah
 bentuk kaunseling yang sering digunakan untuk membantu menangani 
tingkah laku bermasalah di kalangan pelajar.
     Dalam kajian Amla (2003), 
melalui program kerjaya sehari yang dijalani bersama pelajar-pelajar 
berpencapaian rendah, didapati program tersebut telah berjaya meransang 
motivasi belajar mereka. Ini selaras dengan Program Career Academy yang 
melibatkan seluruh negara Amerika didapati berkesan setelah ianya 
berjalan hampir dua dekad. Antara kesan yang jelas ialah di kalangan 
mereka yang berisiko tinggi Program Career Academy didapati berjaya 
meningkatkan kehadiran ke sekolah, tidak berhenti sekolah walau pun 
ianya tidak mengesani pencapaian akademik (Amla 2003). 
     Selain itu terdapat bukti 
yang menunjukkan pendidikan kerjaya dan teknikal boleh memainkan peranan
 mengurangkan bilangan mereka yang tercicir dari sekolah, terutama di 
kalangan mereka yang berisiko tinggi. Bukti menunjukkan bahawa apabila 
pendidikan kerjaya dan teknikal diberi penekanan ke atas pembelajaran 
akademik serta pengetahuan ianya berjaya mengurangkan keciciran di 
kalangan mereka yang berisiko tinggi (Wonaccot, Michael, 2000 dalam Amla
 2003). 
     Dalam menjalankan peranan 
sebagai kaunselor, Zulkhairi (2004), telah menunjukkan bahawa kaunselor 
yang dipertanggungjawabkan di sekolah-sekolah sudah mampu memainkan 
peranan yang sewajarnya dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah 
mereka dan mengendalikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di 
sekolah dan seterusnya secara tidak langsung dapat membantu negara 
menangani gejala salah laku sosial di kalangan remaja.
     Kesimpulannya, perkhidmatan
 bimbingan dan kaunseling bertujuan mengenal pasti bidang yang 
diperlukan pelajar, menentukan sama ada terdapat perbezaan dari segi 
keperluan sekolah, menentukan sama ada terdapat perbezaan dari segi 
keperluan utama antara pelajar bandar dan luar bandar; dan menentukan 
sama ada terdapat perbezaan dari segi keperluan yang berbeza kaum.Yang 
nyata perkhidmatan ini membimbing perkembangan kemahiran belajar dan 
pelajaran,sosial,kerjaya dan pemahaman diri.
BIBILOGRAFI
Amla, Zuria & Salleh. 2003. Kaunseling Sekolah. Siri Penerbitan Fakulti Pendidikan UKM. Bangi.
Amaluddin bin Ab. Rahman & Norlina Omar. 2008. Kaunseling Remaja: Tip dan Panduan Ke Arah Satu Keluarga Satu Kaunselor. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.
Asmah Bee Mohd. Noor. 1979. Tingkah laku dan masalah seks di kalangan kaum remaja. Widya, 23 Julai.
Chiam Heng Keng. 1977. Problem of urban adolescent : Peninsular Malaysia. Journal of Sosiology and Antropology. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Fatanah Mohamad. 1988. Kajian terhadap masalah peribadi pelajar sekolah menengah berasrama penuh dan tidak berasrama penuh di Pengkalan Chepa, Kelantan. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak diterbitkan)
Hassan Langgulung. 1975. Perkhidmatan pelajar sekolah-sekolah di Malaysia. Jurnal Pendidikan. 2 : 1 – 9
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1996. Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah: Bimbingan dan Kaunseling.
Mitchel , T.R. 1978. People In Organization Understanding Their Behavior, United State of America.Mc-Graw-Hill,Inc
Sallahuddin Abd. Wahab. (1991). Sikap pelajar-pelajar sekolah menengah terhadap kaunselor , peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta kesediaan mereka untuk menemui kaunselor. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Suradi Salim. 1996. Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur . Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Zulkhairi Roslan. 2004. Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SMK Jalan Reko, Kajang, selangor. Tesis Sarjana. UKM, Bangi

 










    
   
   




0 comments:
Post a Comment