PROSES KAUNSELING YANG DIJALANKAN DALAM SESI KAUNSELING INDIVIDU
Proses kaunseling yang dijalankan ini telah melibatkan beberapa proses yang utama. Proses-proses ini adalah terdiri daripada proses membina hubungan, penerokaan, mengenal pasti masalah, membina matlamat, menyemak alternatif, mengambil tindakan, penamatan, dan susulan.
Proses membina hubungan
Proses
 yang pertama ialah proses membina hubungan atau lebih dikenali juga 
sebagai membina rapo. Pada tahap ini klien mengukur kaunselor sama ada 
benar-benar boleh dipercayai sama ada dia mendengar apa yang klien 
perkatakan atau sekadar berpura-pura. Oleh itu reaksi lisan dan reaksi 
bukan lisan kaunselor amatlah memainkan peranan yang penting bagi 
mewujudkan rasa percaya klien kepada kaunselor dan mengetahui tentang 
latar belakang serba sedikit tentang diri klien. 
Oleh
 itu pada tahap ini tanggungjawab seorang kaunselor pada tahap ini 
perlulah mewujudkan suasana yang teraputik supaya klien terasa dirinya 
diterima dan dihormati bagi menimbulkan rasa selesa dan selamat pada 
diri klien. Bukan itu sahaja, kaunselor juga perlulah memperlihatkan 
bahawa dia memahami ruang rujuk yang terdapat dalam diri klien, 
keikhlasan, kemesraan, dan penerimaan tanpa syarat. Hal ini perlu, bagi 
menimbulkan kepercayaan kepada diri klien agar klien dapat membuat 
pendedahan tentang masalah yang berlaku terhadap dirinya. 
Di
 samping itu juga, proses membina hubungan ini juga adalah dilakukan 
untuk memperjelaskan lagi kepada klien mengenai tujuan kaunseling 
dijalankan, tanggungjawab kaunselor dan klien, pemfokusan dan 
limitasi-limitasi tertentu yang terdapat dalam kaunseling. Di dalam 
tahap yang pertama ini perkara yang dititikberatkan ialah membina 
hubungan dan penstrukturan. Sewaktu membuat pengstukturan kaunselor 
perlulah menjelaskan tujuan kaunseling ini dijalankan agar klien dapat 
menerima bantuan dalam mengendalikan persoalan yang dihadapi olehnya.
Menilai
 situasi dan masalah klien adalah satu proses berterusan . kadang-kadang
 kaunselor mungkin mahu mengedarkan borang ringkas atau inventori untuk 
mendapatkan data asas bila kaunselor memulakan  kaunseling supaya kemajuannya dapat diukur . Terdapat  dua jenis penilaian :formal dan tidak formal.
Penilaian formal
 mengandungi pengukuran standard yang memerlukan respon pelajar . 
Instrumen seperti ini menyediakan norma sebagai bandingan dan 
membolehkan kaunselor dan klien dapat mendapat idea bagaimana seseorang 
berbanding dengan orang lain. Instrumen ini boleh berfokus kepada 
kecerdasan otak ,sikap,nilai ,pencapaian ,minat,kebimbingan ,kemahiran 
dan kebolehan .
Penilaian formal
 biasanya mengambil masa yang lebih lama daripada penilaian tidak 
formal. Data dikumpulkan melalui proses pentadbiran yang disediakan  dan klien kerap merasakan mereka menduduki ujian walaupun hanya inventori minat dan kerjaya.
Ujian dan inventori formal
 bersifat tidak peribadi dan memerlukan kaunselor yang mahir 
menginterpretasinya untuk mengurangkan rasa syak wasangka ,terancam dan 
jarak peribadi yang dihasilkan oleh kebanyakkan instrumennya. Klien 
telah dibiasakan tentang keadaan ujian dan bagaimana ujian ini 
digunakan.
Penilaian tidak formal bergantung kepada pemerhatian sendiri ,senarai semak yang mudah atau gerak hati kaunselor . Walaupun penilaian formal seperti ujian piawaian yang boleh memberi maklumat daripada penilaian tidak formal. Kritikan paling besar terhadap penilaian tidak formal
 ialah penilaian ini kurang kebolehankepercayaan dan keesahannya. 
Walaupun begitu ,kaunselor yang berpengalaman telah membina satu set 
norma yang peribadi dan tersendiri untuk membolehkan mereka menggunakan 
penilaian tidak formal dengan penuh kenyakinan . Sesetengah kaunselor telah membina norma sekolah mereka sendiri
Oleh itu, semasa membina hubungan dengan klien terdapat beberapa kemahiran yang  digunakan
 bagi membantu klien menghadapi pemasalahannya dan membantu klien kearah
 penyelesaian yang klien inginkan. Sebagai contoh ayat membina hubungan 
yang  digunakan semasa melaksanakan sesi dengan klien  adalah seperti berikut:
                               I.            Kaunselor : Apa khabar saudari hari ini?
Klien : Baik...
                            II.            Kaunselor : Ohw... . terima kasih kerana sudi datang untuk sesi kaunseling ini. Boleh saya tahu nama saudari?
Klien : Nama saya nur ain. Saya berasal dari pahang.
Pengstrukturan
Pengstrukturan
 dilakukan adalah untuk memberikan penjelasan tentang tujuan kaunseling 
yang dijalankan, tanggungjawab kaunselor atau klien, pemfokusan dan 
limitasi. Tahap penstrukturan semula ini menentukan sifat batasan dan 
matlamat perhubungan menolong. Kaunselor boleh memberitahu klien 
langkah-langkah yang diambil bagi menyediakan ke arah yang sedang 
dituju.
a) Tujuan kaunseling 
Seorang
 kaunselor perlulah menjelaskan tentang tujuan kaunseling yang dijalan 
agar dapat membina hubungan dengan klien dan klien dapat menerima 
bantuan dalam mengendalikan persoalan yang dihadapi oleh klien. Perkara 
ini perlu bagi memudahkan kauselor membantu klien dalam membina 
kemahiran dan penyelesaian masalah. Selain itu juga tujuan kaunseling 
ini perlu dijelaskan kepada klien adalah untuk memberikan penerangan 
kepada klien bahawa kaunseling adalah situasi pembelajaran yang boleh 
memperkembangkan langkah yang lebih efektif dalam menguasai beberapa 
situasi masalah yang dihadapi. Sebagai contoh ayat pengstrukturan 
penjelasan tentang kaunseling yang telah di gunakan dalam sesi 
kaunseling individu adalah seperti berikut: 
                            I.               Kaunselor :
 Disini ,saya akan menerangkan apa itu kaunseling? Kaunseling ialah satu
 proses perhubungan bersemuka antara individu yang didatangi masalah 
dengan seorang profesional terlatih ,berpengalaman serta berkelayakan 
memberi pertoongan dalam menyelesaikan masalah.
Klien: ya
            b) peranan kaunselor dan klien
Dalam sesi kaunseling ,kita perlu menerangkan kepada klien peranan kaunselor dan    peranan
 klien supaya klien dpat memahami serba sedikit tentang perjalanan sesi 
kaunseling yang mereka hadiri. Peranan ini juga diterangkan supaya klien
 lebih bertanggungjawab terhadap apa yang diperkatakannya. Contoh 
ayatnya ialah:
               Kaunselor
 : peranan saya ialah mendengar apa yang ain ingin katakan ,dan eranan 
ain sebagai klien adalah menceritakan kepada saya dalam masa perjalanan 
sesi ini yang telah kita tetapkan ,saya juga berharap ain ceritakan 
adalah cerita yang benar supaya matlamat sesi ini akan berjaya.
               klien :ok
                d) etika kerahsiaan dalam kaunseling
   dalam
 sesi ini,kaunselor perlu menerangkan etika kerahsiaan kepada klien 
supaya dapat menarik kepercayaan klien dank lien dapat menceritakan 
segala apa yang ada dalam hatinya tanpa berselindung .
               kaunselor :  ain
 tidak perlu risau bahawa apa yang ain sampaikan kepada saya akan 
diketahui oleh orang lain kerana apa yang diceritakan akan menjadi 
rahsia antara saya dan ain sahaja. Jadi jangan risau bahawa apa yang ain
 sampaikan kepada saya ,akan saya rahsiakan kecuali ia boleh 
memudaratkan diri ain dan orang lain.
               Klien: baiklah
e) matlamat sesi kaunseling yang telah dijalankan
matlamat
 sesi kaunseling yang dijalankan adalah berdasarkan kepada masalah klien
 sama ada ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi dan tidak dapat 
ditanggung seorang diri atau menyediakan perubahan tingkah laku.
               Kaunselor
 :baik ain,matlamat sesi kita kali ini adalah untuk mencari penyelesaian
 terhadap masalah yang ain hadapi dan segala tindakan atau keputusan 
yang diambil adalah ditentukan oleh ain sendiri dan ain perlu 
bertanggungjawab pada keputusan itu dan saya di sini hanya lah sebagai 
pembimbing.
Klien: baiklah cik. Saya faham.
c) Limitasi.
Limitasi
 adalah had-had masa yang telah ditetapkan daripada 30 hingga 45 minit. 
Tetapi sekiranya masalah klien tidak dapat diselesaikan maka kaunselor 
boleh mengadakan sesi kaunseling pada hari lain mengikut persetujuan 
antara kedua-dua pihak. Contoh ayat  sesi ini ialah :
                          I.            Kaunselor
 : Sebenarnya sesi kita ini telah berjalan selama 30 minit hingga 45 
minit dan sekiranya masalah ain ini kita tidak dapat selesaikan pada 
hari ini,kita akan mengadakan sesi pada hari lain yang akan kita 
tetapkan bersama.
Klien : Baiklah
 Proses penerokaan
Proses
 penerokaan dijalankan adalah bertujuan untuk menimbulkan kepercayaan 
klien kepada kaunselor dimana klien merasakan kaunselor berminat untuk 
membantu dirinya dalam menyelesaikan pemasalahan yang klien hadapi. 
Bukan itu sahaja melalui penerokaan ini juga, klien akan membuat 
penerangan atau pendedahan tentang situasi yang dihadapi olehnya. 
Selain
 itu juga, melalui penerokaan yang dijalankan, klien dapat mengetahui 
apa yang berlaku terhadap dirinya dan kebiasaannya situasi klien pada 
waktu ini adalah lebih terpengaruh oleh emosi negatif iaitu yang 
bermaksud pandangan dan fikiran yang sempit yang menjadikan seseorang 
itu keliru dan buntu dalam mencari jalan penyelesaian yang diinginkan 
olehnya.
Sehubungan
 dengan itu tugas atau tanggungjawab kaunselor dalam membantu klien 
ialah membimbing klien meneroka situasi dirinya kearah jalan 
penyelesaian yang diinginkan oleh klien dengan mendorong dan memberikan 
sokongan  serta peka terhadap 
isyarat tersembunyi iaitu verbal dan nonverbal. Menurut Charhuff dan 
Anthony (1979) telah menyatakan bahawa tahap penerokaan adalah dilakukan
 bagi membantu individu melihat dimanakah mereka berada. Hal ini jelas 
menunjukkan bahawa tahap penerokaan merupakan tahap yang penting untuk 
membantu diri klien bagi menghadapi sesuatu masalah serta memahami 
masalah tersebut dengan lebih mendalam supaya dapat membantu klien 
kearah perkembangan yang klien inginkan. Bagi membuat penerokaan yang 
berkesan,kaunselor perlu memastikan dirinya menguasai kemahiran 
penerokaan dengan mengaplikasikan segala kemahiran dan pendekatan yang 
bersesuaian . Penggunaan kemahiran dan juga teknik adalah berbeza bagi 
setiap klien. Antar kaedah yang boleh digunakan bagi menerokai masalah 
ialah kemahiran menyoal. Dalam peringkat ini,soalan terbuka amat 
digalakkan iaitu soalan yang tidak memerlukan jawapan yang khusus 
,manakala soalan tertutup hanya digunakan pada situasi sesuai tetapi 
harus dielakkan supaya klien aktif meluahkan masalahnya.  Contoh kemahiran menyoal ialah:
     Kaunselor : apakah yang ain rasakan dalam situasi sekarang?
 Sebagai contoh ayat penerokaan yang  dilakukan dalam proses kaunseling ini adalah seperti berikut: 
                                 I.          Kaunselor : kalau begitu ,adakah ain sudah bersedia bagi memulakan sesi ini?(soalan tertutup)
Klien: ya ,saya sudah bersedia
                              II.          Kaunselor : emmm...dari
 segi gaya dan raut wajah ain,saya dapat rasakan yang ain ada sesuatu 
yang dipendamkan. Apakah yang mengganggu fikiran ain sebenarnya?
Klien:  sebenarnya,baru-baru
 ini saya tidak dapat menumpukan perhatian dan tumpuan kepada pelajaran 
saya kerana pada cuti yang lalu saya pulang ke kampung tiba-tiba ibu 
mengatakan dia hendak menetapkan jodoh saya dengan sepupu saya yang baru
 pulang dari nigeria tanpa memberitahu saya terlebih dahulu.
 Mengenal pasti masalah 
Mengenal
 pasti masalah ialah tahap penerokaan yang telah mendorong klien dan 
kaunselor memahami isu yang dibincangkan.kaunselor perlu meneroka 
masalah klien sepenuhnya. Kaunselor perlu mengenal pasti masalah pokok 
dan masalah ranting daripada pernyataan klien bagi memudahkan kaunselor 
membantu klien menyelesaikan masalah itu. Dalam mengenal pasti masalah 
klien,kaunselor perlu memberi perhatian yang sepenuhnya kepada 
penceritaan klien supaya dapat menentukan masalah utama klien. Selain 
itu,kaunselor perlu membantu klien menentukan matlamat yang ingin 
dicapainya dalam mengatasi masalah masalah tersebut. Matlamat yang 
ditetapkan perlu mengikut kemampuan dan sukarelawan oleh klien daripda 
matlamat itu. Sehubungan dengan itu terdapat empat faktor dalam membantu
 individu mengenalpasti dan menangani masalah mereka. Pertama adalah 
nasihat, kedua adalah kaunseling arahan, ketiga delegasi dan yang 
terakhir ialah kaunseling bukan arahan. Tahap mengenal pasti masalah ini
 amat penting kerana melalui tahap inilah kauselor dapat mengetahui 
masalah yang betul-betul menganggu diri kliennya. Sebagai contoh ayat 
mengenal pasti masalah adalah seperti berikut?.
                            I.               Kaunselor :
 Sepanjang kita berbincang tentang diri ain, Pertama tadi ain ada 
mengatakan yang ain ada masalah dengan pelajaran ain dan yang kedua pula
 ain telah mengatakan yang ain mempunyai masalah dengan ibu ain. Antara 
dua masalah ini yang mana betul-betul menganggu diri Ifa?
Klien : masalah dengan ibu yang betul-betul menganggu diri saya buat masa sekarang ini.
Membina matlamat
Matlamat
 sesi terbina apabila klien dan kaunselor bersetuju membuat definisi 
masalah klien dengan diakui oleh klien, atau klien sendiri yang membuat 
pengakuan terhadap matlamat yang diinginkannya sepanjang sesi ini 
berlansung. Oleh itu kaunselor perlu membuat pengucapan tentang definisi
 masalah klien dengan diakui oleh klien ataupun klien sendiri yang 
membuat pengakuan tersebut. Setelah masalah dikenalpasti kaunselor dan 
klien perlulah bersama-sama membina matlamat kaunseling yang telah 
diinginkan oleh klien. Matlamat kaunseling yang terbina perlulah dibina 
berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti oleh klien. Lazimnya 
,matlamat kaunseling perlu mengikut kamahuan klien dan bukan kehendak 
kaunselor semata-mata. Sebagai contoh ayat yang  telah digunakan dalam proses membina matlamat ini adalah seperti berikut:
                            I.               Kaunselor : ain  rasa ain tahu apa yang ain hendak lakukan
Klien : Ya.
Kaunselor : Jadi disini... apa yang sebenarnya ain mahukan sebenarnya?.
Klien
 : Kalau boleh saya hendak ibu tahu yang saya kecewa dengan keputusan 
yang telah dibuat kerana tidak memberitahu saya terlebih dahulu.
Kaunselor : Ohw... ini yang ain inginkan ya.
Klien
 : Ya.. kalau boleh saya hendak ibu tahu yang saya juga ada perasaan 
saya sendiri,ibu perlu memberitahu dan bertanyakan pendapat saya  sebelum membuat keputusan yang begitu drastik dalam hidup saya.
Proses semak alternatif
Proses
 semak alternatif dilakukan setelah matlamat kaunseling jelas diperolehi
 daripada klien. Di sini tugas kaunselor adalah menggalakkan klien 
membina beberapa alternatif. Kaunselor perlulah mendorong klien membuat 
perancangan langkah-langkah yang difikirkan sesuai bagi membantu diri 
klien mengatasi masalah yang dihadapi olehnya. Sehubungan dengan itu 
kaunselor perlulah menggariskan seberapa banyak alternatif yang telah 
diperolehi daripada klien. 
Selepas
 klien mencadangkan alternatif yang dia mampu untuk lakukan, kaunselor 
perlulah menghuraikan dan menilai setiap alternatif dengan mengambil 
kira kesan positif dan kesan negatif, kebaikan dan keburukan daripada 
pelaksanaan alternatif yang ingin dilakukan. Selepas itu jika klien 
merasakan pemilihan yang dibuatnya adalah terbaik, nilai semula 
alternatif yang telah dipilih oleh klien tersebut dan jika alternatif 
ini klien rasa boleh membantu klien menyelesaikan masalah klien akan 
menggunakan alternatif ini bagi menyelesaikan masalah yang telah 
dihadapinya selama ini. 
Sehubungan
 dengan itu, bagi menyemak alternatif yang dibuat. Strategi yang 
terperinci perlulah dilakukan agar jalan penyelesaian yang dipilih oleh 
klien betul-betul dapat membantu dirinya. Strategi pertama yang boleh 
dilakukan bagi membantu klien ialah dengan menghuraikan setiap 
alternatif yang telah dibuat oleh klien. Selepas itu, setiap alternatif 
yang diambil perlulah diwujudkan langkah bagi mencapai alternatif 
tersebut. Apabila langkah telah diwujudkan, setiap langkah itu perlulah 
dinilai daripada aspek halangan dan risiko yang bakal klien hadapi. 
Strategi terakhir sekali ialah kaunselor perlulah membantu klien 
mewujudkan cara bagi mengatasi halangan dan risiko daripada langkah yang
 ingin dilakukan oleh klien. Sebagai contoh ayat yang telah digunakan 
dalam proses menyemak alternatif klien adalah seperti berikut:
                        I.                   Kaunselor : kalau begitu,apakah agaknya yang ain rasa,tindakan yang boleh ain lakukan?
Klien : saya rasakan,saya hendak berterus terang secara baik dengan ibu saya  ,bahawa
 saya mahu jodoh plihan saya sendiri. Lagipun saya tahu ibu memang 
sayangkan saya sebab selama ini pun saya tidak pernah ingkar 
perintahnya.
                     II.                   Kaunselor : ya...emmmm...(sambil menggangguk sedikit). 
Klien : betul juga kan?.
                  III.                   Kaunselor : ya,(sambil mengangguk). Selain itu,apa lagi cara lain yang ain rasa ibu ain akan dapat terima keputusan ain itu?
Klien
 : kali ini saya rasa,saya memang nekad. Saya hendak bawa teman lelaki 
saya itu datang berjumpa ibu dan mengambil hati ibu serta beramah mesra 
dengan ibu. Dan saya akan berkata kepada ibu yang saya mahu beri tumpuan
 kepada pelajaran saya dahulu. Lepas belajar baru saya fikirkan hal 
tersebut. Selain itu juga,saya hendak buktikan kepada ibu,yang saya 
pasti berjaya dengan cemerlang tanpa ada ikatan pertunangan.
 Proses mengambil tindakan.
Proses
 mengambil tindakan merupakan sebuah pelan tindakan yang diambil oleh 
klien dengan bantuan yang kaunselor telah berikan bagi mencapai matlamat
 yang telah ditetapkan oleh klien. Oleh itu, sesuatu pelan tindakan yang
 dipilih itu mestilah realistik iaitu boleh dicapai oleh klien supaya 
dapat memudahkan klien mengambil tindakan. Sekiranya masih terdapat 
kegagalan selepas klien membuat tindakan, klien perlulah menyemak semula
 pelan tindakannya tersebut bagi membina pelan tindakan yang lebih 
menarik dan lebih realistik untuk dicapai olehnya.
     Oleh
 itu, bagi membentuk pelan tindakan yang berjaya, pelan tindakan 
tersebut perlulah mencapai limitasi klien dan keupayaan, realistik dan 
boleh dicapai. Bukan itu sahaja pelan tindakan tersebut perlulah mudah 
difahami dan “fleksible” bagi menghasilkan tindakan yang positif dan 
boleh dilakukan sendiri oleh klien. Di samping spesifik dan konkrit, 
aspek melibatkan aktiviti-aktiviti pemusatan insan dan boleh 
diulang-diulang adalah merupakan langkah sebelum klien membuat keputusan
 bagi menilai samaada realistik, boleh dicapai atau refleksi terhadap 
apa yag klien inginkan. Selepas pelan telah dilaksanakan ke atas dunia 
realiti, penilaian perlulah dilakukan sekali lagi supaya tiada sebarang 
masalah yang timbul hasil daripada pengaplikasian tersebut. Perkara yang
 terakhir sekali ialah bagi memperkembangkan pelan tindakan pelbagai kos
 dan faedah perlulah dibincangkan agar strategi telah termasuk 
perbincangan terhadap risiko dan peluang untuk berjaya.
Sehubungan
 dengan itu apabila klien sudah bertekad untuk melakukan pelan tindakan,
 klien adalah digalakkan untuk melihat nilai bagi tingkah laku baru yang
 ingin dicuba melalui “role play, imagery, behavioural carting, and 
progres notes, serta homework” perlulah dilakukan dengan membuat 
kontrak. Dengan cara ini, klien sentiasa melihat pencanggahan apa yang 
dia ingin dan apa yang dia mahu lakukan. Kontrak yang dibuat ini berguna
 sebagai rangka rujukan klien untuk menilai hasil sesi. Sehubungan 
dengan itu, perbincangan yang dilakukan adalah lebih berfokus bagi 
melihat adakah kontrak dapat membantu dan apakah moditifikasi yang dapat
 dijalankan. Sebagai contoh ayat yang saya telah gunakan dalam proses 
mengambil tindakan adalah seperti berikut:
 Proses penamatan.
Setelah
 mendapati klien boleh berdiri dan yakin terhadap tindakan yang diambil 
kaunselor berhak menamatkan sesi yang telah berlansung antara kaunselor 
dengan klien. Namun begitu, tindakan ini janganlah dibuat secara 
mengejut, kaunselor perlulah memberikan peluang untuk klien lebih 
bersedia dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup. Sehubungan 
dengan itu, sebelum sesebuah penamatan itu berlansung, matlamat 
kaunseling perlulah dicapai oleh klien dan klien selesa dengannya. Oleh 
itu rumusan menyeluruh tentang proses kaunseling perlulah dibuat oleh 
kaunselor agar klien labih nampak dan jelas tentang apa isu yang telah 
dibincangkan dalam sesi. 
     Fungsi
 penamatan sebenarnya adalah untuk menunjukkan sesuatu yang ingin 
ditamatkan, peluang untuk mengakhiri satu pengalaman pembelajaran yang 
baik peribadi dan professional serta saya rasa penamatan telah 
memantapkan perubahan sedia ada yang telah dicapai dan menunjukkan 
kemahiran penyelesaian masalah yang telah diperolehi. Bagi masa 
penamatan pula, sesuatu penamatan yang dibuat adalah tidak mempunyai 
jawapan yang jelas, oleh itu penamatan perlulah dilakukan mengikut 
kesesuaian diri klien tersebut samaada sudah mampu untuk berhadapan 
dengan diri sendiri atau tidak. Proses penamatan sesi boleh dibahagikan 
kepada dua ,iaitu:
1)      Penamatan sesi untuk sesi lanjutan
Setiap sesi kaunseling pada kebiasaannya mengambil masa 45 hingga 60 minit  seorang
 kaunselor sentiasa menggalakkan klien bercerita masalah dalam 
lingkungan masa yang ditetapkan . lebih kurang 5 minit sebelum sesi 
ditamatkan ,kaunselor perlu mengingatkan klien akan tempoh masa yang 
masih ada. Peringatan ini akan memfokuskan isu yang pentinG.
2)      Penamatan sesi kaunseling keseluruhan.
Penamatan
 proses kaunseling adalah peringkat akhir iaitu selepas kaunselor dan 
klien berpuas hati dengan langkah penyelesaian yang membawa perubahan 
dalam diri klien ataupun selepas klien merasa yakin masalah sudah 
selesai dan dapat mengendalikan masalah yang dihadapi secara sendirian.  
Sebagai contoh ayat yang telah digunakan  bagi melakukan proses penamatan adalah seperti berikut:
                                        I.            Kaunselor:
 saya rasa ain dah dapat langkah untuk menyelesaikan pemasalahan ain. 
Oleh itu sebelum saya tamatkan sesi saya, sebelum itu saya hendak 
memberikan ain “homework” dimana ain kena senaraikan langkah-langakah 
alternatif lain yang dapat membantu diri ain dalam menghadapi 
penyelesaian antara ain dengan ibu ain.
Klien : baiklah.
Proses susulan
Susulan
 adalah merupakan proses menyemak untuk melihat bagaimana klien 
melakukannya dan menghormati apa-apa masalah yang timbul ke atas klien, 
namun begitu kadang-kadang perkara ini berlaku sebelum penamatan dan 
proses ini adalah merupakan proses penyeliaan yang positif yang boleh 
menggalakkan kepada pertumbuhan klien yang klien inginkan. Susulan amat 
penting kerana dapat meneguhkan dapatan klien yang berlaku dalam proses 
kaunseling dan boleh membantu kaunselor dalam menilai semula pengalaman 
sesi yang mereka telah jalani. Melalui susulan ini juga, seseorang 
kaunselor dapat menekankan penjagaan kaunselor yang tulen dan mengambil 
berat tentang kliennnya. Susulan dibimbing dalam jangka masa pendek 3 
hingga 6 minggu dan jangka panjang sekurang-kurangnya selepas 6 bulan 
penamatan.
Selain
 itu juga, susulan juga boleh dilakukan dalam 4 bentuk. Pertama ialah 
menjemput klien ke sesi untuk membincangkan kemajuan. Kedua adalah 
melalui telefon, dimana klien boleh melaporkan kepada kaunselor secara 
verbal. Ketiga pula ialah kaunselor menghantar surat kepada klien dan 
bertanyakan perkembangan yang terkini dan yang terakhir sekali adalah 
kaunselor menghantar soal selidik klien berkenaan dengan tahap 
kefungsian mereka kini menerusi pos. Oleh itu dapatlah disimpulkan 
disini bahawa susulan amat membantu jika klien diselia kemajuannya 
melalui penggunaan graf dan carta dan klien bersetuju susulan diakhir 
sesi, akan berlaku “self monitoring” yang memberikan klien tentang bukti
 dan kemajuan celik akal yang konkrit terhadap keperluannya. Sebagai 
contoh ayat yang  telah digunakan dalam proses susulan ini adalah seperti berikut.
                                 I.              Kaunselor:  nampaknya
 masa sudah tamat ain,adakah ain selesa jika kita berhenti di sini? 
Ataupun mungkin ada lagi perkara yang ingin ain kongsikan lagi bagi 
mengurangkan bebanan emosi ain.
Klien : ain rasa cukuplah setakat ini . dengan alternative penyelesaian ini ain yakin ini dapat diselesaikan .
Kaunselor:  Jika
 begitu saya tamatkan sesi saya ini dan saya mengucapkan terima kasih 
kepada ain kerana sudi berjumpa dengan saya untuk kongsikan masalah ain 
dengan saya.
Klien : Sama-sama.

 










    
   
   




Ampun bang jago
ReplyDeleteterimas kasih diatas perkongsian maklumat ini ya puan. boleh sy tahu dari mana sumber ini diperolehi?
ReplyDeletemakasih la kak puan buat artikal ni senang sya buat rujukan.
ReplyDelete