9 Ciri-ciri pelajar cemerlang
Artikel
ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau
identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad
ABCDEFGHI, agar lebih mudah pelajar terapkan dalam diri dan sanubari.
Pelajar Cemerlang
Pelajar
yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat
akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik
tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk
membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua
kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.
Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Amanah
Pelajar
yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala
tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu,
tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa
segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T..
Pelajar
yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta
sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan
sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara
yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki
dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang
mendatangkan faedah.
Cergas
Pelajar
yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi
diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani.
Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya
aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin,
sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam
aktiviti-aktiviti yang diceburinya.
Dedikasi
Pelajar
yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam
melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya,
akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan
melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang
harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.
Elok
Pelajar
yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan.
Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya
juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka
yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga
tidak diberkati Tuhan.
Pelajar
yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi
gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya.
Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru,
ibu-bapa serta keluarganya.
Faham
Pelajar
yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang
demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan
mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya
juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami
apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.
Gigih
Pelajar
yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan
tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan
mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.
Hasrat
Pelajar
yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk
menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk
mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi
kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
dalam kehidupannya.
Iman
Pelajar
yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha
mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa
yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga
mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara
serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.
Sekian. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.
Sumber : http://www.motivasikecemerlanganpelajar.com/amp-pelajarcemerlang.html
0 comments:
Post a Comment